• Dua Beradik Digelar 'Hantu' Kerana Gigi Bertaring

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 7 May 2018
    A- A+

    MADHYA PRADESH: Gara-gara mempunyai gigi bertaring, dua kanak-kanak ini terpaksa dikurung ibunya di rumah mereka di Madhya Pradesh, India.

    Tindakan itu dibuat bagi mengelakkan kanak-kanak itu dihina oleh penduduk kampung berkenaan yang kononnya menyifatkan wajah mereka mengerikan.

    Penduduk kampung menggelarkan Ashfaq Khan,11, dan Mushtaq Khan, 8, mirip 'hantu' kerana mempunyai kulit gelap dan berambut nipis keperangan serta menampakkan barisan giri tajam seperti taring.

    Hakikatnya, kedua-dua kanak-kanak itu mengalami masalah hypohidrotic ectodermal dysplasia (HED) yang juga menyebabkan mereka sentiasa berasa panas.

    Bagi mengatasi masalah itu, ibunya terpaksa menyiram air ke badan anak-anaknya setiap setengah jam.

    Di sekolah pula, Ashfaq dan Mushtaq mengaku sering dibuli dan dipulau rakan sebaya selain sering dihina kerana penampilan mereka.

    Sehingga kini, ibu bapanya tidak memberikan sebarang rawatan kerana faktor kemiskinan.

    Sementara itu, seorang doktor bernama Mukesh dari Delhi berkata, kondisi Ashfaq dan Mushtaq akan lebih buruk jika tidak segera menerima rawatan.

    "Mereka perlu melakukan rawatan gigi secara berkala demi masa depannya," katanya.

    Atas keprihatinan itu, Yayasan Amal Shaktishali Mahila Sangathan Samiti tampil menghulurkan bantuan kepada kedua-dua kanak-kanak itu.

    Pengarah yayasan, Ravi Goyal berkata, mereka menawarkan bukan sekadar rawatan buat Ashfaq dan Mushtaq tetapi turut memberi penjelasan kepada penduduk kampung mengenai penyakit tersebut. - Dailymail

    Subjects:

  • No Comment to " Dua Beradik Digelar 'Hantu' Kerana Gigi Bertaring "