• Dr Sim Akan Jumpa Anggota SUPP Berhubung Hala Tuju Parti

    Reporter: M. H. W.
    Published: Sunday, 27 May 2018
    A- A+

    SIBU - Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan mengadakan perjumpaan dengan anggota parti itu di seluruh negeri ini bagi mendengar pandangan serta pendapat mereka mengenai hala tuju baharu parti tersebut.

    Datuk Prof Dr. Sim Kui Hian berkata langkah itu penting bagi mendapatkan gambaran sebenar suara dan kehendak anggota parti sebelum sebarang keputusan dibuat.

    "Saya akan pergi berjumpa dengan ahli-ahli (SUPP) untuk mendengar pendapat serta pandangan mereka supaya kita boleh menentukan hala tuju baharu parti. Kita jangan lupa parti ini adalah milik ahli-ahli bukan milik presiden sahaja," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan perjumpaan tertutup dengan anggota lima cawangan SUPP di sini, hari ini.

    Pada PRU14 baru-baru ini, SUPP yang bertanding tujuh kerusi hanya berjaya mempertahankan satu kerusi iaitu Parlimen Serian.

    Ia tewas kepada DAP di Bandar Kuching, Stampin, Mas Gading, Sarikei, Sibu dan Lanang. - BERNAMA
  • No Comment to " Dr Sim Akan Jumpa Anggota SUPP Berhubung Hala Tuju Parti "