• DJ Ternama Disahkan Maut Kelar Tangan Guna Kaca

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 3 May 2018
    A- A+

    NEW YORK: DJ terkenal dunia, Avicii dilaporkan membunuh diri dengan menggunakan sekeping kaca, lapor laman web gosip selebriti TMZ, semalam.

    Wakil DJ warga Sweden itu enggan mengulas lanjut berhubung laporan berkenaan, tetapi sebelum ini, keluarganya dilaporkan tidak menolak kemungkinan Avicii membunuh diri.

    “Dia sentiasa bergelut untuk mencari makna mengenai kehidupan dan kebahagiaan.

    “Dia tidak mampu bertahan lagi dan ingin mencari ketenangan,” kata keluarganya dalam satu surat terbuka pada Khamis lalu.

    Sementara itu, TMZ yang memetik sumber yang tidak didedahkan berkata, Avicii mengalami pendarahan yang serius selepas mencederakan pergelangan tangan dengan kepingan kaca dipercayai daripada botol.

    Avicii atau nama asalnya, Tim Bergling, 28, ditemui meninggal dunia pada 20 April lalu di sebuah bilik hotel ketika bercuti di Oman.

    Polis Oman memberitahu, siasatan mendapati kematian DJ itu tiada unsur jenayah.

    Avicii sebelum ini sering menyatakan mengenai masalahnya berkaitan ketagihan arak dan kesukaran sebagai seorang yang suka menyendiri yang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan popular.

    Dia mengejutkan peminatnya pada 2016 apabila bersara daripada jelajah konsert, namun dia kembali semula bekerja di studio.

    Avicii dianggap DJ pertama membawa muzik elektronik ke arus utama dengan bekerjasama dengan penyanyi popular termasuk Madonna dan Coldplay. – AFP/myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " DJ Ternama Disahkan Maut Kelar Tangan Guna Kaca "