• Detik pengantin mati ditembak jarak dekat [VIDEO]

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+

    New Delhi: Pengantin baharu tidak sempat menjadi suami selepas ditembak dari jarak dekat di majlis perkahwinannya di Uttar Pradesh, India.

    Kejadian berlaku pada Ahad lalu ketika mangsa, Sunnil Verma, 25, diraikan bersama tetamu lain sebelum terkena dua das tembakan itu.

    Satu video yang dirakam oleh jurugambar perkahwinan menunjukkan seorang lelaki berbaju oren memegang sepucuk pistol melepaskan tembakan sambil membetulkan posisi bahagian atas senjata berkenaan.

    Apabila mangsa melihat sekelilingnya, dia sekali lagi terkena tembakan kedua sebelum menekup bahagian dada dan rebah.

    Suspek melarikan diri sejurus kejadian dan dia kini diburu polis kerana disyaki melakukan pembunuhan. - Hmetro


    Subjects:

  • No Comment to " Detik pengantin mati ditembak jarak dekat [VIDEO] "