• Abang Jo Janjikan Limpahan Pembangunan Di Baram Jika BN Menang

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 2 May 2018
    A- A+

    Dalam masa lima tahun akan datang, kawasan Parlimen Baram akan menyaksikan limpahan projek pembangunan, jika calon Barisan Nasional menang di kawasan itu.

    Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sekiranya rakyat di Baram memilih calon BN, akan memudahkan kerajaan menyusun strategi pembangunan

    “Justeru, saya menyeru sokongan tanpa berbelah bahagi daripada rakyat di Baram untuk mengundi Anyi dan memastikan beliau menang dengan majoriti besar.

    “Kerana apabila suara orang Baram kuat secara tidak langsung membolehkan kerajaan negeri menggunakan kuasanya mengukuhkan tuntutan Sarawak berhubung hak minyak dan gas sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan semula hak dan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya pada dipetik Utusan Borneo

    Katanya, pembangunan yang dirancang akan menemui jalan buntu dan merugikan rakyat Baram, jika rakyat memilih calon lain.

    Beliau berkata, meskipun cadangan pembinaan Empangan Hidroelektrik Baram dibatalkan namun kerajaan negeri tidak meminggirkan Baram sebaliknya terus mencari pendekatan lain termasuk melaksanakan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).
    “Pelaksanaan HDA membawa perubahan besar kepada Baram dengan pembinaan kemudahan jalan raya, bekalan air bersih dan kemudahan asas lain,” jelasnya.

    “Kawasan tanah tinggi Baram mempunyai keunikan dari segi cuaca dan bentuk muka bumi kerana tidak sama dengan kawasan lain di Sarawak.

    “Melalui HDA kita gunakan perspektif lain membangunkan potensi Baram khususnya dalam aspek pertanian dan pelancongan,” katanya dipetik sebagai berkata
  • No Comment to " Abang Jo Janjikan Limpahan Pembangunan Di Baram Jika BN Menang "