• CEO AirAsia India kembali ke Malaysia

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 3 May 2018
    A- A+

    NEW DELHI: Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia India, Amar Abrol, melepaskan jawatan itu selepas berkhidmat selama dua tahun, dan akan pulang ke ibu pejabat syarikat penerbangan itu di Malaysia.

    "Abrol menyuarakan hasratnya untuk kembali ke Malaysia supaya lebih dekat dengan keluarganya.

    Lembaga Pengarah AirAsia India mengucapkan terima kasih atas sumbangannya dan akan bekerjasama rapat dengan beliau untuk memastikan peralihan yang lancar," kata AirAsia India dalam satu kenyataan pada Rabu.

    Sebelum dilantik sebagai CEO AirAsia India, usaha sama AirAsia Bhd dan konglomerat Tata Sons India pada 2016, Abrol bertugas sebagai CEO produk kewangan pemula niaga, Tune Money.

    Beliau menggantikan Mittu Chandilya, yang dipilih oleh ketua Kumpulan Air Asia Tony Fernandes pada 2013, untuk mengetuai AirAsia India.

    Abrol, 50, anak kelahiran India, seorang akauntan bertauliah, akan ditempatkan di ibu pejabat Kumpulan AirAsia di Kuala Lumpur bagi menjalanankan tugasan projek strategik'' mulai Jun, kata syarikat itu, dan menambah, di bawah kepimpinannya, AirAsia India memperluas kumpulan, peawai dan rangkaian sebanyak tiga kali ganda.

    AirAsia India, yang memulakan operasi pada pertengahan 2014, mempunyai 18 pesawat dan menawarkan perkhidmatan ke 19 destinasi di India.

    Syarikat penerbangan itu mengangkut lebih 1.46 juta penumpang antara Januari dan Mac tahun ini dan merekodkan faktor beban 83 peratus.

    Syarikat penerbangan tambang rendah itu bersaing dengan IndiGo, SpiceJet dan GoAir dalam pasaran perjalanan udara yang semakin berkembang di India. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " CEO AirAsia India kembali ke Malaysia "