• Bunuh Anak Gara-gara Terkena Air Kencing

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 9 May 2018
    A- A+


    MAKASSAR - INDONESIA.Seorang bapa tergamak menolak anaknya jatuh daripada motosikal sehingga maut gara-gara berang air kencing anaknya yang berusia empat tahun terkena pada seluarnya.

    Dalam kejadian Jumaat lalu, Hasan Basri, 29, dari Timbuseng, Pattalasang, Gowa dikatakan berang selepas anaknya, Abdul Mufid terkencing hingga terkena seluarnya.

    Hasan yang marah mencubit badan anaknya dan menggigit pipi kanak-kanak itu hingga berdarah.

    Keesokan harinya, Hasan membawa anaknya menaiki motosikal namun tidak lama kemudian, Hasan pulang dengan anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri serta lebam di muka.

    Hasan mendakwa anaknya cedera selepas terjatuh daripada motosikal apabila dia membrek secara tiba-tiba.

    Ibu mangsa membawa anaknya ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala, curiga dengan keadaan badan mangsa yang mempunyai banyak kesan lebam, pihak hospital bertindak membuat laporan polis.

    Hasan kemudian ditahan dan ketika disoal siasat, dia mengaku sengaja menolak anaknya jatuh daripada motosikal kerana marah dengan mangsa yang terkencing di seluarnya.

    Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan bakal didakwa atas tuduhan membunuh. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh Anak Gara-gara Terkena Air Kencing "