• BN Tetap Popular Di Parlimen Santubong

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 8 May 2018
    A- A+

    LUNDU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap prestasi cemerlang yang dilakar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dapat diulangi kali ini.

    Berbekalkan rekod cemerlang sebagai ahli parlimen dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Wan Junaidi dilihat tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan besar.

    Menurutnya, berdasarkan maklumbalas diterima daripada pengundi semasa kunjungan mesra amat menakjubkan.

    "Daripada apa saya perhatian, BN masih popular di kalangan pengundi di Parlimen Santubong," katanya ketika merasmikan Pecah Tanah Dewan Rambungan di sini, hari ini.

    Wan Junaidi menjelaskan, pelbagai program pembangunan akan terus dirancang di Parlimen Santubong pada masa akan datang.

    "Jika saya sekali lagi dipilih menjadi ahli parlimen dan menteri, kawasan luar bandar di Sarawak akan terus diberi perhatian," ujarnya.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Jamilah Anu.-Sarawakiana
  • No Comment to " BN Tetap Popular Di Parlimen Santubong "