• BN Sarawak Nafi Sertai Pakatan Harapan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 14 May 2018
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menafikan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menyertai Pakatan Harapan (PH).

    Beliau berkata, keutamaan adalah kepentingan rakyat Sarawak dan memacu ekonomi negeri.

    "Mungkin ada beberapa kerjasama dengan kerajaan persekutuan disebabkan sistem persekutuan," katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya, projek yang diumumkan dan menggunakan peruntukan kerajaan negeri tidak akan terjejas dengan pertukaran kerajaan di peringkat persekutuan.

    Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai projek di bawah kerajaan persekutuan.

    "Projek ini akan ditentukan kerajaan baharu," ujarnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " BN Sarawak Nafi Sertai Pakatan Harapan "