• Biar Betul! Bayi Dalam Kandungan Pakai Fonkepala

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 14 May 2018
    A- A+

    Sepasang suami isteri yang bakal menimang cahaya mata terkejut apabila imbasan imej menunjukkan seolah-olah bayi mereka memakai fonkepala.

    Situasi itu dilalui Emma dan Richard Wilkins yang menjalani pemeriksaan imbasan ultrabunyi pada usia kandungan mencecah 11 minggu.

    Ketika itu, bayi yang dinamakan Lean May itu seolah-olah mahu mengikut jejak bapanya, seorang deejay yang tentu sekali sinonim dengan fonkepala.

    Menurut Emma, 33 dan Richard, 49, gambar imbasan itu telah diambil Leah yang kini berusia enam tahun sebagai dorongan untuk dirinya bergiat dalam bidang muzik.

    "Memang tidak diketahui bagaimana fonkepala itu ada padanya, semua yang melihat imbasan tu terkejut.

    "Malahan, juruteknik ultrabunyi itu tiba-tiba menunjukkan pada kepala bayi saya seolah-olah ada fonkepala," katanya.

    Leah yang telah melihat gambar imbasan itu juga menganggap ia sesuatu yang lucu.

    Si cilik ini telah di diagnosis sebagai penghidap sindrom DiGeorge dengan tambahan kromosom pada usia tiga tahun.

    Kata Emma, pelbagai komplikasi dihadapi anaknya sejak lahir hingga memberi kesan terhadap tumbesaran dirinya.- Metro.uk

    Subjects:

  • No Comment to " Biar Betul! Bayi Dalam Kandungan Pakai Fonkepala "