• Berilah masa untuk Anwar berehat sebelum kembali aktif - Dr Wan Azizah

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 15 May 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Bagi memastikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali dalam arena politik, beliau memerlukan masa bagi proses penyembuhan.

    Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim akan mula mentadbir selepas proses peralihan kuasa berlaku dengan aman.

    “Walaupun Anwar sudah biasa menjadi pentadbir, biarlah dia sembuh dahulu dan dalam keadaan baik. Biar kerajaan baharu ini angkat sumpah setia kepada negara.

    “Biarlah proses itu berlaku dahulu sebelum Anwar kembali aktif dalam arena politik ini. Biarlah peralihan kuasa dengan aman dan harmoni dahulu,” katanya ketika ditemui selepas melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, di ibu negara, pada Isnin.

    Sementara itu, Anwar kini masih meneruskan fisioterapi bagi bahu kanannya di hospital tersebut setelah menjalani pembedahan November lalu.

    Anwar mengalami kecederaan kecil di bahunya selepas kenderaan Jabatan Penjara yang membawanya pulang ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan jalan raya September lalu. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Berilah masa untuk Anwar berehat sebelum kembali aktif - Dr Wan Azizah "