• Bayi Disamakan Dengan Ayam, Ibu Ambil Tindakan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 1 May 2018
    A- A+

    IBU muda ini, Shannon Kelly mahu berkongsi kegembiraan dengan memuatnaik gambar bayinya di dalam Twitter. Malangnya ada netizen telah mencurinya dan memanupulasi gambar berkenaan.

    Gambar bayi Shannon, yang berasal dari Glasgow itu, telah dicuri dan diletakkan dalam stok gambar bangkai ayam mentah,

    Gambar ayam dan bayi itu telah mencetuskan kemarahan ramai menerusi twitter. Shannon hanya menyedari mengenainya selepas dimaklumkan oleh rakannya.

    Dia kemudiannya menghantar beberapa mesej kepada pihak tidak bertanggungjawab itu untuk meminta mereka memadamkan gambar berkenaan.

    “ Padamkan tweet kamu yang teruk ini…Ia amat buruk. Bapa kepada bayi saya berada di London selama tiga minggu. Tengoklah apa yang akan dilakukan pada kamu kelak,” demikian tulis Shannon.

    Dia juga nekad untuk mengambil tindakan tegas terhadap pembuli siber ini. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Bayi Disamakan Dengan Ayam, Ibu Ambil Tindakan "