• Bayar Rawatan Dengan 10 Botol Plastik

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Tuesday, 15 May 2018
    A- A+


    CIANJUR - INDONESIA.Doktor ini mengenakan 'bayaran' dengan cara berbeza kepada pesakit yang mahu mendapatkan rawatan di kliniknya di Desa Sukasari, Kecamatan Cilaku, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat.

    Dr Yusuf Nugraha berkata, kos rawatan tersebut hampir percuma kerana pesakit yang kurang berkemampuan dan tidak memiliki insurans kesihatan dengan hanya memberikan 10 botol plastik sebagai bayaran.

    "Selain dapat dikitar semula, ia sebenarnya membantu masyarakat membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Ia perlu dilakukan dengan cara yang mudah difahami masyarakat," ujarnya.

    Selain itu, Yusuf juga mempunyai program unik lain seperti 'dompet ubat' untuk mengajak masyarakat mengurangkan penggunaan plastik. - Kompas.com

    Subjects:

  • No Comment to " Bayar Rawatan Dengan 10 Botol Plastik "