• Azwan Mengundi Pakai Kasut Lain Warna, Salah Beratur

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 9 May 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR : Calon bebas DUN Bukit Antarabangsa mencuri tumpuan dengan memakai kasut berlainan warna ketika mengundi hari ini.

    Dikenali sebagai Diva AA, Azwan Ali berjubah dengan memakai kasut merah dan putih hadir di Pusat Mengundi SK Klang Gate, Jalan Genting Klang, sekitar jam 7.44 pagi.

    Beliau yang sepatutnya beratur di saluran dua juga tersalah beratur di saluran tiga sebelum membuang undi, lapor Bernama.

    Azwan menentang penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari PKR dan tiga calon lain, Salwa Yunus (BN), Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin (PRM).

    Pada PRU13, Azmin menang dengan majoriti 4,044 undi menewaskan calon BN Mohamad Nadzim Ibrahim. - Malaymail

    Subjects:

  • No Comment to " Azwan Mengundi Pakai Kasut Lain Warna, Salah Beratur "