• Azmin angkat sumpah jawatan MB Selangor penggal kedua

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 11 May 2018
    A- A+

    SHAH ALAM 11 Mei - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar negeri ini bagi penggal kedua.

    Mohamed Azmin, 54, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, di sini kira-kira pukul 3 petang ini.

    Hadir sama mengiringi baginda semasa istiadat itu ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

    Mohamed Azmin dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan memperoleh 51 majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
    Sementara itu, Barisan Nasional (BN) memperoleh empat kerusi manakala Pas satu kerusi. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Azmin angkat sumpah jawatan MB Selangor penggal kedua "