• Arab Saudi tahan tiga aktivis hak asasi wanita

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 23 May 2018
    A- A+

    RIYADH 23 Mei - Arab Saudi menahan sekurang-kurangnya tiga lagi aktivis hak asasi wanita yang menjalankan kempen menuntut hak memandu dan sistem penjagaan lelaki di negara itu.

    Sebelum ini, tujuh aktivis turut ditahan, kebanyakannya wanita yang disyaki berhubung dengan entiti asing dan menawarkan bantuan kewangan kepada 'musuh luar negara'.

    Media tempatan melabelkan kesemua yang ditahan sebagai pengkhianat dan ejen kedutaan. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Arab Saudi tahan tiga aktivis hak asasi wanita "