• Apalah Dosa Bayi Palestin Ini...

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Wednesday, 16 May 2018
    A- A+


    GAZA: Bayi Palestin berusia lapan bulan antara 59 yang menjadi mangsa korban dalam pertempuran berdarah di sempadan Gaza, hari ini selepas terhidu gas pemedih mata.

    Leila al-Ghandour terkena gas yang dilepaskan ketika bantahan dilakukan susulan tindakan Amerika Syarikat membuka kedutaannya di Baitulmaqdis.

    Manakala kebanyakan mangsa lain terbunuh selepas menjadi sasaran penembak tepat tentera Israel.

    Beberapa gambar menunjukkan ahli keluarga Leila tidak dapat menahan sebak apabila memeluk mayat bayi berkenaan yang dikebumikan bersama mangsa lain.

    Menurut pihak berkuasa, bayi itu antara lapan kanak-kanak di bawah 16 tahun yang maut.

    Kelmarin, rakyat Palestin menyambut hari bencana atau Nakba, bagi memperingati lebih 700,000 warganya yang terpaksa melarikan diri atau dihalau keluar dari wilayah itu sejak 1948 berikutan pembentukan Israel.

    - Agensi/HM

    Subjects:

  • No Comment to " Apalah Dosa Bayi Palestin Ini... "