• Angka korban ribut pasir di India meningkat 125 orang

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 4 May 2018
    A- A+
    Gambar AFP
    AGRA 4 Mei - Jumlah korban ribut pasir dan penahan petir di India meningkat kepada sekurang-kurangnya 125 orang, ketika negara itu bersiap untuk keadaan cuaca lebih teruk lewat semalam.

    Awan debu menyebabkan sebahagian kawasan di utara India berada dalam kegelapan dengan kelajuan angin lebih 130 kilometer sejam yang melanda Uttar Pradesh, Rajasthan dan Punjab sehingga memusnahkan kediaman, pokok dan tiang elektrik.

    Sekurang-kurangnya 111 orang terbunuh akibat ditimpa dinding dan atap rumah yang runtuh. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Angka korban ribut pasir di India meningkat 125 orang "