• Ahli PRS Bahagian Senadin umum keluar parti

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 20 May 2018
    A- A+

    MIRI: Ahli-ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Senadin hari ini mengumumkan keluar parti beramai-ramai setelah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan presiden parti itu,Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

    Pada masa yang sama, bahagian parti itu juga mahu Masing meletak jawatan sebagai presiden PRS, berikutan ‘kesilapan’ yang dilakukan oleh beliau ketika menangani krisis dalaman yang melanda parti itu, hingga menyebabkan PRS hilang tiga kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

    Bekas Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Richard Will Uban menjelaskan keputusan mereka untuk meletak jawatan dari keluar daripada PRS, dibuat selepas mesyuarat khas yang diadakan pada 15 Mei lalu di Pusat Khidmat PRS di Pujut Tujuh, dekat sini, yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.

    “Seramai 14 ahli jawatankuasa bermesyuarat pada hari itu sebulat suara untuk keluar parti. Kami meletak jawatan dan melepaskan keahlian dalam PRS kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti, Tan Sri Dr James Masing,” jelas Richard kepada Utusan Borneo di sini, hari ini.

    “Ia terpulang kepada ahli-ahli lain dalam PRS Senadin, sama ada mahu mengikut jejak kami keluar parti atau sebaliknya,” ujar beliau lagi.

    Beliau berkata semua ahli jawatankuasa dalam PRS Bahagian Senadin, juga sebulat suara berpendapat bahawa, disebabkan oleh gaya kepimpinannya yang ‘menghina’, maka beliau menyebabkan parti kehilangan tiga kerusi pada PRU14 yang lalu. -Utusan Borneo

    Subjects:

  • No Comment to " Ahli PRS Bahagian Senadin umum keluar parti "