• Agong Akan Tentukan Siapa Bakal PM

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 10 May 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya bertenang dan memberi kepercayaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V untuk melantik perdana menteri.

    Katanya tidak ada satu pun parti yang mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), semalam.

    “Mengikut perlembagaan, lantikan ini adalah keputusan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan prinsip siapa yang akan dapat kepercayaan di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

    Katanya, BN akan menghormati apa juga keputusan yang bakal dibuat Yang di-Pertuan Agong.

    Najib yang kelihatan sugul turut menyatakan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan BN yang bekerja siang dan malam untuk melaksanakan segala program berkaitan PRU14. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Agong Akan Tentukan Siapa Bakal PM "