• Abang Jo Umum RM139.3 juta Untuk Pembangunan Di Julau

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 8 May 2018
    A- A+

    JULAU: Kerajaan Negeri telah memperuntukan sejumlah RM 139.3 juta bagi merancakan aktiviti pembangunan di Parlimen Julau.

    Perkara tersebut telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini semalam.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, peruntukan tersebut adalah untuk membina dan menaik taraf kemudahan infrastruktur di kawasan terbabit merangkumi pembinaan jalan dan jambatan.

    “Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM10 juta untuk pembinaan Sungai Kanowit di Kubu Brooke-Sungai Meluan menghubungkan 13 rumah panjang dan tiga sekolah.

    “Manakala sejumlah RM21 juta pembinaan jalan Rumah Kedit Sungai Buloh-SK Hulu Entabai, Kemalih Julau dan RM40.3 juta menaik taraf Jalan Pakan dan RM18 juta untuk jalan Rumah Wilfred Uli ke Hulu Dayu, Pakan,” ujarnya.

    Tambahnya lagi, bagi memastikan kemudahan telekomunikasi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna, sejumlah RM50 juta diperuntukkan bagi membina menara telekomunikasi. – Sarawakiana

  • No Comment to " Abang Jo Umum RM139.3 juta Untuk Pembangunan Di Julau "