• Abang Jo Rai 50 Anak-Anak Asnaf Berbuka Puasa

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 23 May 2018
    A- A+
    KUCHING 23 Mei - Seramai 50 orang anak-anak asnaf dari Pusat Penjagaan Nur Murni Batu Kawa diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri bersama Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Agensi Kerajaan di Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) di sini semalam.

    Mereka terdiri daripada anak-anak daripada keluarga terabai berusia lima hingga 16 tahun.

    Dalam majlis itu, mereka turut menerima sumbangan wang tunai daripada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Majlis berkenaan kemudian diteruskan dengan solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah.

    Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Pahlawan Mohd. Dzuraidi Ibrahim.-UTUSAN ONLINE


  • No Comment to " Abang Jo Rai 50 Anak-Anak Asnaf Berbuka Puasa "