• 17,18 Mei Diisytihar Cuti Am Tambahan Di Sarawak

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 10 May 2018
    A- A+

    KUCHING – Kerajaan negeri hari ini mengisytiharkan 17 dan 18 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh Sarawak.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di sini, hari kelepasan am tambahan itu diisytiharkan di bawah Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am [Bab 8 (1958)].

    Oleh itu, orang ramai dimaklumkan bahawa 10 dan 11 Mei adalah hari bekerja biasa.

    Awal pagi ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa memaklumkan bahawa 10 dan 11 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

    Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing. – BERNAMA
  • No Comment to " 17,18 Mei Diisytihar Cuti Am Tambahan Di Sarawak "