• 15 Mei Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 9 May 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia di Malaysia adalah pada 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah.

    Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 15 Mei di 29 lokasi.

    Ia merangkumi:

    1. Pontian Kecil, Johor

    2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

    3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

    4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor

    5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor

    6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor

    7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak

    8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang

    9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah

    10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah

    11. Menara Alor Setar, Kedah

    12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu

    13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

    14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

    15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

    16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

    17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

    18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan

    19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak

    20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

    21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak

    22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

    23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

    24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

    25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

    26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

    27. Menara Kuala Lumpur

    28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

    29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis

    Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

    Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " 15 Mei Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan "