• 14, 109 Tentera Di Sarawak Mengundi Awal

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 5 May 2018
    A- A+


    KOTA SAMARAHAN  - Seramai 14, 109 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Darat (ATM) di Sarawak mengundi awal hari ini.


    Proses pembuangan undi awal dimulakan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd. Zaki Mokhtar di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang tepat pukul 8 pagi tadi.


    Turut mengundi di sini ialah Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw. 


    Seramai 2,779 pegawai dan anggota ATM akan membuang undi awal di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang. - UTUSAN ONLINE

  • No Comment to " 14, 109 Tentera Di Sarawak Mengundi Awal "