• Zahid Hamidi Hadir Mesyuarat Polis Kelantan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 3 April 2018
    A- A+

    KOTA BHARU – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan kerja sehari di Kelantan hari ini dengan menghadiri mesyuarat pengurusan polis Kelantan.

    Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis negeri di sini pada pukul 9.35 pagi dengan diiringi Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Yahaya Mamat.

    Turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kemudian akan menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Kuala Krai di Sekolah Kebangsaan Mengkebang, Kuala Krai.

    Beliau dijadual mengakhiri lawatan dengan menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Machang di Sekolah Kebangsaan Machang 1, Machang pada pukul 2.45 petang. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Zahid Hamidi Hadir Mesyuarat Polis Kelantan "