• Wartawan Ditembak Mati Ketika FB Live

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    MANAGUA - NICARAGUA:  Seorang wartawan di Nicaragua ditembak mati ketika sedang membuat Facebook Live mengenai protes antikerajaan yang sedang melanda negara itu.

    Ketika kejadian, Angel Gahona sedang melaporkan tentang kemusnahan di sebuah bank di bandar Bluefields apabila dia ditembak secara tiba-tiba pada Jumaat lalu.

    Mangsa kemudiannya jatuh terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

    Beberapa individu yang menyaksikan kejadian itu turut menjerit memanggil namanya dan cuba membantu mangsa.

    Ia bagaimanapun tidak jelas siapa yang menembak Gahona atau kenapa dia ditembak.

    Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam siri protes yang membantah perubahan pencen yang mengurangkan faedah keseluruhan sebanyak lima peratus diluluskan kerajaan di bawah pentadbiran Presiden Daniel Ortega pada Rabu lalu. - BBC/Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Wartawan Ditembak Mati Ketika FB Live "