• Wanita Sarawak Perlu Rebut Peluang Tambah Pendapatan

    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+


    Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumum tidak hanya ghairah untuk memberi BR1M, sebaliknya begitu komited mengangkat martabat golongan wanita selari dengan arus pembangunan negara.

    Golongan wanita disediakan pelbagai peluang bagi membantu golongan tersebut dapat mempertingkatkan usaha khususnya dalam bidang keusahawanan.

     Di Sarawak mungkin keterlibatan golongan wanita dalam keusahawanan tidak begitu ketara, tetapi wanita daripada kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan sebagainya begitu ramai mendominasi perniagaan kecil-kecilan di setiap pasar tamu mahupun pasar-pasar basah seluruh negeri ini.

    Ini membuktikan golongan wanita di Sarawak sudah menapak dalam bidang perniagaan walaupun sekadar kecil-kecilan.

    Mereka boleh pergi lebih jauh jika mengikuti dasar seperti yang terdapat dalam manifesto BN.

    Antara penekanan dalam manifesto BN tersebut ialah menubuhkan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) dan Pusat transformasi usahawan wanita di setiap negeri (Model PASARNITA).

    Dengan ini segala aktiviti keusahawanan wanita dapat diurus dengan baik.

    Di samping itu, proses pinjaman wanita tunggal dipermudahkan dengan kebenaran gabungan pendapatan adik beradik dan ibubapa.

    Turut dimuatkan ialah memudahkan syarat mikrokredit untuk perniagaan separuh masa.

    Begitu terperinci manifesto BN terhadap pembangunan wanita dan golongan wanita Sarawak perlu merebut peluang tersebut agar wanita negeri ini tersenarai sebagai penyumbang besar kepada ekonomi negara.

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Sarawak Perlu Rebut Peluang Tambah Pendapatan "