• Wanita Penggerak Ekonomi Negara

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 24 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Peranan wanita sebagai penggerak ekonomi negara sememangnya tidak boleh dipertikai.

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  ketika dalam program sesi bertemu usahawanita berkata, oleh demikian, kerajaan telah merangka pelbagai aktiviti dan program dalam memperkasakan peranan wanita dalam pelbagai sektor termasuklah keusahawanan dan pertanian.

    Beliau berkata demikian dalam program yang bertemakan ‘ Peladangnita dan Ahmad Shabery’ yang dihadiri kira- kira 600 orang usahawanita  dalam kalangan peladang di seluruh negara .

    Sementara itu, sebanyak 1,610 wanita telah terlibat dalam bidang keusahawanan melalui program di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang dan Jabatan serta agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada tahun ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Penggerak Ekonomi Negara "