• Wanita Bikin Kecoh Hidangan Tak Termasuk Minuman

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Sunday, 29 April 2018
    A- A+

    SEORANG wanita mabuk di New York, Amerika Syarikat (AS) di sebuah restoran makanan segera hanya kerana hidangannya berharga AS$4 (RM15.70) tidak termasuk dengan minuman ringan.

    Polis kini memburu wanita berkenaan selepas tindakannya itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran Popeyes di Staten Island, New York pada Ahad lalu.

    Media tempatan melaporkan keadaan itu disebabkan pelaku mungkin keliru dengan sebuah rangkaian restoran lain seumpamanya apabila membuat pesanan.

    Rakaman CCTV menunjukkan pelanggan berkenaan bertindak agresif terhadap kakitangan, sebelum mengambil papan tanda di restoran tersebut dan mencampakkannya.

    Wanita itu kemudian mengambil sebuah kerusi untuk memecahkan tingkap restoran. - Mirror UK

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Bikin Kecoh Hidangan Tak Termasuk Minuman "