• Wan Junaidi Terus Jadi Pilihan Pengundi Parlimen Santubong

    Published: Saturday, 14 April 2018
    A- A+

    Belum pun nama calon Barisan Nasional (BN) diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN, sokongan padu terus diberikan kepada penyandang kerusi Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Terbaru sokongan diberikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Muara Tabuan yang turut menyifatkan Wan Junaidi sebagai wakil rakyat yang menunjukkan rekod cemerlang.

    Ketuanya, Datuk Paruwadi Musa berkata, penduduk Santubong masih memerlukan pemimpin seperti Wan Junaidi untuk berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut.

    "Wan Junaidi adalah seorang pemimpin yang cukup dekat dengan rakyat dan mengambil berat setiap permasalahan rakyat," katanya.

    Paruwadi turut melahirkan keyakinan cukup tinggi Wan Junaidi masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan cemerlang.

    "Kita akan beri sokongan padu kepada Wan Junaidi untuk menjamin kemenangan besar BN pada pilihan raya nanti. Malah, tidak ada isu besar yang boleh menjejas reputasi BN di kawasan ini," ujarnya.


    Sementara itu, Wan Junaidi turut meluangkan masa meninjau masalah sistem perparitan di Kampung Tabuan Selipar Putus.

    Wan Junairi berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak untuk mencari kaedah terbaik dan mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah penduduk kampung tersebut.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Wan Junaidi Terus Jadi Pilihan Pengundi Parlimen Santubong "