• Wan Junaidi Serahkan Surat Tawaran Pajakan Tanah Kepada Yayasan Chong Hwa Kuala Lumpur

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menyempurnakan penyerahan surat tawaran pajakan tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di Lot 55312 Geran 57967 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Surat tersebut diserahkan kepada Yayasan Chong Hwa Kuala Lumpur pemegang amanah untuk urusan pegangan perjanjian pajakan yang mewakili Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur.

    Tanah tersebut adalah seluas 1.2516 hektar iaitu bersamaan 3.09 hektar dan terletak bersebelahan dengan bangunan Sekolah Mengengah Persendirian Chonng Hwa Kuala Lumpur.

    Pada masa ini terdapat tempat letak kereta, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, gelang bola tampar dan gelanggang badminton yang digunakan sekolah tersebut.


    Menurut Wan Junaidi, kementeriannya melalui Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) menerima permohonan daripada Lembaga Pengelola Sekolah untuk memajak tanah persekutuan bagi pembinaan Kompleks Sukan Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur dan diluluskan kerajaan.

    "Apabila kompleks ini siap, ia boleh digunakan Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekolah berhampiran sekiranya tidak bertembung dengan mana-mana aktiviti sukan dan program yang dianjurkan Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur," katanya.

    Dengan penyerahan surat tawaran pajakan itu, beliau berharap pihak sekolah dapat memanfaatkan pajakan tanah yang diberikan dengan menyediakan fasiliti riadah lebih baik dan selesa kepada pelajar ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek kecemerlangan akademik dan sukan.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Wan Junaidi Serahkan Surat Tawaran Pajakan Tanah Kepada Yayasan Chong Hwa Kuala Lumpur "