• Usaha Najib Stabilkan Ekonomi Menguntungkan Masyarakat Cina

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    Kadar pertumbuhan ekonomi negara mencecah 5.9 peratus secara keseluruhannya pada 2017 membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha keras memulihkan ekonomi negara dengan dasar rasional yang diperkenalkan.

    Dengan pertumbuhan ekonomi itu, masyarakat Cina sebenarnya menerima impak tinggi kerana kebanyakan mereka lebih fokus menceburi bidang perniagaan.

    Perkembangan ekonomi yang lebih baik juga akan menjadikan perniagaan masyarakat Cina bertambah baik dan terus menghasilkan keuntungan yang memberangsangkan.

    Seperti kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corp Bhd Datuk Seri Stanley Thai ketika sidang media mengemukakan permohonan maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan keterlibatan beliau dalam politik pada PRU13 dahulu. Beliau terpengaruh dengan propaganda pembangkang dan menyesali perbuatan yang lalu.

    Stanley menegaskan mahu melihat kestabilan politik negara dan perniagaan yang beroperasi di Malaysia terus makmur serta maju dengan dasar ekonomi kukuh dilaksanakan kerajaan memerintah yang diterajui oleh Najib.

    Hakikatnya Najib berjaya memulih ekonomi negara dengan dasar holistik bagi mengukuhkan lagi serta meyakini pelabur dari luar masuk melabur di negara ini.

    Justeru perkembangan ini akan memberi faedah yang begitu besar kepada masyarakat Cina yang dikenali sebagai masyarakat peniaga. Secara langsung masyarakat Cina akan mendapat keuntungan daripada perkembangn ekonomi negara yang semakin baik dan kukuh.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Usaha Najib Stabilkan Ekonomi Menguntungkan Masyarakat Cina "