• Urusan Logo Pun Tidak Sepakat, Bagaimana Pakatan Harapan Nak Tadbir Negara?

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    Bercerita tentang logo parti politik, Barisan Nasional (BN) begitu konsisten mengguna logo dacing sejak dari dulu lagi ketika pilihan raya berlangsung.

    Sehingga kini logo tersebut tetap digunakan walaupun terdapat 14 parti politik yang bernaung di bawah logo dacing dengan nama BN.

    Kesepakatan dan kerjasama yang begitu utuh menyebabkan tiada pertikaian berkaitan logo berlaku. Inilah kelebihan dan kekuatan BN selama ini.

    Namun pembangkang yang bergelar Pakatan Harapan (PH) terus bergelumang dengan pelbagai masalah yang tidak menemui kesepakatan sebenar.

    Di peringkat pusat, kepimpinan PH memilih logo PKR sebagai lambang untuk PRU14. Calon DAP, Amanah dan PKR akan tetap menggunakan logo PKR. Namun PH Sarawak tidak mengikuti keputusan PH pusat.

    PH Sarawak bertegas akan mengguna logo parti masing-masing pada PRU kali ini. Ini bercanggah dengan keputusan kepimpinan pusat dan PH dilihat tidak mempunyai kesepakatan dalam isu logo.

    Apa maknanya pakatan jika pembangkang sendiri tidak menunjukkan erti kesepakatan sebenar.

    Jika PH menang, keadaan negara akan berada dalam situasi yang kucar kacir kerana PH tidak akan pernah sepakat jika mentadbir negara.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Urusan Logo Pun Tidak Sepakat, Bagaimana Pakatan Harapan Nak Tadbir Negara? "