• Tun M perlu terima hakikat pembatalan PPBM kerana salah sendiri

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+
    PULAU PINANG – Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Melayu (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat pembubaran parti itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini adalah disebabkan kesilapan sendiri.

    Malah, aktivis politik yang juga bekas Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak turut menggesa barisan kepemimpinan PPBM tidak memanipulasi keputusan ROS itu kononya permainan politik pihak tertentu.

    Tambahnya, ROS mempunyai asas kukuh untuk membatalkan pendaftaran PPBM selepas menerima pelbagai laporan yang bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 yang dibuat akar umbi parti itu sendiri.

    “Sebab itu, Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan pemimpin PPBM perlu bermuhasabah diri dan menyalahkan diri sendiri serta berhenti menuding jari kepada pihak lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    ROS dalam kenyataan hari ini mengumumkan pembubaran PPBM berdasarkan Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 selepas parti tersebut gagal menyerahkan lima dokumen berkaitan pendaftarannya kepada jabatan tersebut.

    Dalam pada itu, Rahmad turut melihat keputusan ROS tersebut sebagai sesuatu yang positif kepada PPBM yang mana parti itu kini boleh mencari mekanisme alternatif penggunaan `logo sementara’ bagi calon-calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Dalam masa sama, jelas beliau, PPBM juga telah mencipta rekod tersendiri dalam sejarah negara yang mana parti yang diasaskan bekas pemimpin tersohor diharamkan hanya selepas dua tahun kerana kecuaian sendiri.

    “Adalah jelas apa yang berlaku kepada PPBM ini adalah akibat kelalaian sendiri atas faktor mengejar kuasa politik malah disebabkan nafsu ingin membunuh seekor nyamuk, maka habis kelambu di rumah sendiri terbakar,” katanya.-theRakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Tun M perlu terima hakikat pembatalan PPBM kerana salah sendiri "