• Tuduh BR1M Sebagai Dedak Menghina Rakyat - Ahmad Zahid

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 2 April 2018
    A- A+


    LENGGONG: Perbuatan pembangkang yang menuduh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai dedak merupakan satu penghinaan kepada rakyat.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, malah pembangkang menyifatkan pen-erima BR1M seperti ayam itik yang ditabur dedak.

    Menurutnya, sedangkan BR1M membantu meringankan beban rakyat apabila lebih setengah juta rakyat negeri ini menerima BR1M berjumlah RM605 juta tahun lalu.

    “Adakah jumlah ini dedak atau gula-gula atau hanya taburan untuk ayam itik?. Jangan hina rakyat sebagai ayam itik.

    “Rakyat terima BR1M kerana kita semua rakyat yang berterima kasih kepada kerajaan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Lenggong di Kampung Chain di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Tuduh BR1M Sebagai Dedak Menghina Rakyat - Ahmad Zahid "