• Tsunami Biru Tua 'Membadai' Ketika Penamaan Calon Parlimen Santubong

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 28 April 2018
    A- A+


    KUCHING: 'Tsunami Biru' membadai perkarangan Dewan Institut Kemajuan Mara (IKM) pada hari penamaan calon bagi kerusi parlimen P.193 Santubong hari ini.

    Lebih 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) hadir menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.



    Wan Junaidi hadir di pusat penamaan calon sekitar jam 8.45 pagi ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga pengarah operasi pilihan raya P.193 Santubong.

    Turut mengiringi Wan Junaidi merupakan ADUN Tanjong Datu, Datuk Jamilah Anu dan ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.-Sarawakiana


  • No Comment to " Tsunami Biru Tua 'Membadai' Ketika Penamaan Calon Parlimen Santubong "