• Tiga individu kes sindiket ijazah palsu disambung reman

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 20 April 2018
    A- A+
    Penahanan reman tiga individu dipercayai terlibat dalam sindiket pengeluaran sijil pertauliahan dan ijazah palsu di menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini disambung selama dua hari lagi mulai esok.

    Tiga lelaki disyaki terlibat pengeluaran ijazah palsu disambung reman selama dua hari

    Perintah lanjutan tahanan reman telah dikeluarkan oleh Majistret Khir Nizam Jemari bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berhubung kes tersebut mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

    Ketiga-tiga suspek yang berusia 34 di antara 30 tahun ditahan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dalam satu operasi yang dilancarkan kira-kira jam 4 petang Ahad lalu. Salah seorang suspek yang ditahan merupakan warganegara India yang berusia 30 tahun.
    Advertisement

    Menurut sumber, suspek-suspek tersebut didapati telah mengeluarkan sijil palsu ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma tanpa memerlukan seseorang mengikut kursus pembelajaran di insitusi pengajian terbabit.

    Sindiket tersebut hanya akan mengambil masa selama seminggu untuk menyediakan sijil palsu tersebut menggunakan nama-nama IPTS dengan bayaran antara RM2,000 hingga RM16,000 bergantung dengan jenis sijil dan IPTS.

    Mereka yang ditahan merupakan orang tengah yang menguruskan proses pembelian sijil palsu tersebut dan pasukan penyiasat SPRM dalam proses mengenal pasti individu yang bertanggungjawab untuk mencetak sijil pertauliahan palsu itu

    Pihak SPRM juga sedang menyiasat sama ada terdapat penglibatan orang-orang dalam IPTS yang turut terlibat dan bersubahat dengan kegiatan sindiket terbabit.

    Dalam pada itu, seorang lagi individu telah ditahan reman oleh SPRM kerana disyaki terlibat dalam dalam sindiket tersebut kelmarin.

    Suspek berusia 34 tahun tersebut merupakan individu keempat yang ditahan berhubung siasatan kes tersebut dan ditahan di rumahnya di Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengahari berikutan maklumat baru yang diterima oleh pasukan penyiasat.

    Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai perniagaan sendiri itu merupakan pembekal sijil-sijil palsu selepas mendapat tempahan daripada pembeli. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Tiga individu kes sindiket ijazah palsu disambung reman "