• Tiada Pingat Acara 1m Papan Anjal Lelaki

    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+

    GOLD COAST – Tiga penerjun negara yang mara ke pentas akhir acara 1m papan anjal lelaki Sukan Komanwel 2018 gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik dalam saingan itu, petang ini.

    Bagaimanapun, Muhammad Syafiq Puteh muncul penerjun terbaik negara apabila menamatkan saingan di kedudukan kelima daripada 12 peserta.

    Dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Optus, Muhammad Syafiq, 23, mengumpul 378.90 mata selepas tamat enam terjunan.

    Ahmad Amsyar Azman pula menduduki tempat keenam selepas mencatat 369.40 mata manakala Ooi Tze Liang di kedudukan ke-11 dengan 319.00 mata.

    Jack Laugher dari England mempertahankan pingat emas dimenanginya pada edisi lepas dengan mengumpul 438.00 mata, diikuti pingat perak milik penerjun tuan rumah James Connor dengan 412.45 mata manakala gangsa diraih James Heatly dari Scotland yang mengutip 399.25 mata.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Tiada Pingat Acara 1m Papan Anjal Lelaki "