• Tentera Tahan 2 Pemburu Miliki Senapang Buatan Sendiri

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 15 April 2018
    A- A+

    LUNDU: Pasukan Batalion Ketiga Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (13RAMD) menahan dua lelaki tempatan dipercayai pemburu haram kerana memiliki senapang buatan sendiri dalam satu operasi di Kampung Kandaie, Biawak dekat sini malam tadi.

    Jurucakap 13RAMD berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 12.20 malam dalam satu sekatan jalan raya ketika sedang menunggang motosikal untuk ke hutan berhampiran.

    "Hasil pemeriksaan menemui dua laras senapang patah yang dipercayai buatan sendiri bersama beberapa butir peluru yang disimpan di dalam guni," katanya

    Suspek dibawa ke Balai Polis Lundu untuk siasatan lanjut. - Sarawakiana
  • No Comment to " Tentera Tahan 2 Pemburu Miliki Senapang Buatan Sendiri "