• Tatu Badan Jersi Rasmi Kelab Bola Sepak

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 27 April 2018
    A- A+

    RIO DE JANEIRO: Seorang peminat bola sepak di Brazil membuat tatu jersi rasmi kelab bola sepak pada badannya sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi pada pasukan yang dicintainya itu.

    José Maurício dos Anjos, 30, menjadi perhatian di Brazil selepas dia membuat tatu jersi rasmi kelab bola sepak Flamengo pada keseluruhan badannya.

    Seorang artis tatu dilaporkan mengambil masa selama 90 jam untuk menyiapkan tatu jersi pada badan Anjos.

    Tatu jersi dengan garisan hitam merah itu lengkap dengan lambang kelab bola sepak Flamengo di dada kiri dan nombor 10 di belakangnya.

    Anjos memberitahu media Brazil, sejak kecil lagi dia mengimpikan untuk memiliki jersi kelab itu yang kekal di badannya dan kini impiannya itu menjadi kenyataan.

    “Kecintaan saya pada Flamengo bermula sejak kecil lagi. Bapa saya adalah peminat setia Flamengo dan dia sering membeli jersi serta permainan daripada kelab itu.

    “Saya selalu mengimpikan untuk memiliki tatu seperti ini. Kini 40 peratus badan saya mempunyai warna Flamengo,” katanya.

    Anjos turut merakamkan kenangan ketika membuat tatu itu di laman instagram miliknya yang mempunyai 25,000 pengikut, kebanyakannya penyokong Flamengo.

    Dia juga sering memuat naik gambar bersama legenda Flamengo, pemain dan peminat lain yang kagum dengan tatu dimilikinya itu.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Tatu Badan Jersi Rasmi Kelab Bola Sepak "