• Tak Serik Kena Sekup 14 Kali

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 4 April 2018
    A- A+

    Penagih dadah tidak serik terbabit dengan kegiatan bahan terlarang itu walaupun sudah 14 kali ditahan atas pelbagai kesalahan.

    Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Padang Lengkuas, Jertih, Besut kira-kira jam 2.55 petang semalam.

    "Bertindak atas maklumat, pengadu bersama anggota Task Force Balai Polis Jertih pergi ke sebuah rumah di Kampung Padang Lengkuas Jerteh, Besut, Terengganu pada jam 12.40 tengahari.

    "Sampai di sana, pemeriksaan di dalam bilik tidur menemukan satu beg berwarna hitam dan di dalamnya mengandungi dua paket plastik cerah berisi ketulan berwarna putih disyaki dadah jenis heroin.

    "Pemeriksaan lanjut menemui satu kotak rokok gudang garam di atas lantai dalam bilik tidur," katanya yang dihubungi hari ini.

    Zamri berkata, pemeriksaan lanjut dalam kotak rokok itu menjumpai satu paket plastik cerah berisi ketulan kristal disyaki dadah, dua tiub straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan satu tiub straw berisi dua biji pil warna merah disyaki dadah jenis Yaba.

    "Lelaki itu ditahan dan semua barang kes dirampas untuk tindakan seterusnya.

    "Ujian air kencing positif dan suspek pernah ditahan 14 kali sebelum ini atas pelbagai kesalahan berdasarkan rekod masa lampau," katanya.

    Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Tak Serik Kena Sekup 14 Kali "