• SUPP Mahu Kembali 'Bersinar' Pada PRU14

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    Prestasi kurang memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu tidak mematahkan semangat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk kembali 'bersinar' pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

    Malah parti tertua di Sarawak itu turut berazam membantu Barisan Nasional (BN) memenangi tujuh kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

    Memetik laporan The Borneo Post, Presidennya, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, adalah penting untuk BN Sarawak menang kesemua 31 kerusi untuk menjadikan Sarawak lebih kuat.

    "Jika BN Negeri menang semua 31 kerusi, kerajaan persekutuan akan mendengar permintaan kita dan melihat keperluan kita," katanya.

    Dr Sim percaya jika Sarawak memiliki lebih ramai ahli parlimen BN, suara rakyat Sarawak akan lebih kedengaran.

    Dalam perkembangan sama, beliau menasihati rakyat Sarawak supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang memberikan janji palsu.-Sarawakiana








    Subjects:

  • No Comment to " SUPP Mahu Kembali 'Bersinar' Pada PRU14 "