• Sultan Selangor Perkenan Bubar DUN Selangor

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+
    Foto BH Online
    KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini, bagi memberi peluang kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

    Istiadat pembubaran disempurnakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, dalam satu istiadat ringkas sebentar tadi.

    Baginda turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor setebal 12 muka surat.

    Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon perkenan pembubaran DUN Selangor.

    Yang turut hadir, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor.- BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Sultan Selangor Perkenan Bubar DUN Selangor "