• Sukaneka Keluarga Eratkan Hubungan Masyarakat - Abdul Rahman

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 15 April 2018
    A- A+


    PROGRAM-program sukaneka keluarga, selain dari mengeratkan serta mengikatkan perhubungan silaturahim di antara keluarga boleh merapatkan hubungan sesama masyarakat setempat.

    Menteri Muda Utiliti (Elektrik) Sarawak Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, disamping itu, aktiviti sedemikian boleh menceriakan institusi keluarga dan juga masyarakat.

    "Semestinya, banyak cabaran dalam membuat persediaan penganjuran sesuatu program tetapi dengan adanya kerjasama yang mantap maka semuanya, insyaAllah, akan berjalan dengan lancar."

    Tambah Abdul Rahman, pada zaman sekarang, ketua keluarga sememangnya sibuk mencari nafkah untuk keluarga tetapi dengan adanya program keluarga sebegini, ia akan memberi peluang kepada sesebuah keluarga menyertai aktiviti bersama masyarakat sekeliling.

    Abdul Rahman, yang juga ADUN Pantai Damai berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Sukaneka Keluarga BGS 2018 & Pertandingan Ngail Raja Udang anjuran KJM BGS dgn kerjasama DBKU, PBB Ranting Boyan & Pergerakan Wanita PBB Ranting Boyan di Tebingan Sungai BGS , Kampug Boyan pada hari ini.

    "Institusi kekeluargaan dan masyarakat seperti KJM ini amatlah penting dalam mengadakan pelbagai program supaya ia dapat disertai oleh setiap lapisan masyarakat."

    Mengucapkan tahniah kepada KJM BGS dan PBB Ranting Boyan di atas kejayaan menganjur program tersebut, Abdul Rahman juga turut menyarankan agar NGO-NGO mengambil bahagian dalam mengadakan program-program sedemikian.

    "Terima kasih juga kepada pihak DBKU kerana telah berjaya mengambil inisiatif menubuhkan KJM ini bagi membantu mereka mengadakan program bersama komuniti di bawah pentadbiran DBKU," katanya lagi.

    "DBKU sentiasa bersama kita, dan telah mengadakan takwim tahunan bagi menganjurkan program dan KJM BGS mengabungkan empat buah kampung iaitu Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Sourabaya Ulu dan Kampung Sourabaya Hilir.
  • No Comment to " Sukaneka Keluarga Eratkan Hubungan Masyarakat - Abdul Rahman "