• Sukan Komanwel KL Sekali Lagi?

    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+

    Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja’afar menjelaskan Kuala Lumpur mampu menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 tetapi semuanya bergantung kepada kerajaan untuk menganjurkannya sekali lagi.

    Kuala Lumpur menganjurkan Sukan Komanwel dengan berjaya pada 1998.

    “Pilihan Raya Umum (PRU) bakal berlangsung tidak lama lagi, ia sangat baik sama ada kerajaan yang ditubuhkan nanti berminat untuk membuat bidaan atau tidak. Kami boleh membantu mereka dan mengemukakan tawaran terbaik.

    “Perkara yang baik adalah Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kini cuba mengelak daripada proses bidaan terus. Mereka lebih suka rundingan (dengan pembida yang berpotensi).

    “Pada masa yang sama, potensi kelayakan tuan rumah turut diambil kira. Ia jalan yang lebih baik kerana proses membida akan membabitkan banyak wang.

    “Ia sangat jelas, sentiasa ada kemungkinan tetapi dengan saya akan melepaskan jawatan sebagai Presiden MOM, sekarang ini masalahnya pengganti saya.”

    Tunku Imran menambah: “Dari sudut persaingan sukan, saya fikir kita mempunyai kelebihan untuk menjadi tuan rumah.

    “Durban menarik diri daripada menjadi tuan rumah edisi 2022 berikutan kegagalan mereka untuk memenuhi tarikh akhir kewangan.

    “Ia bukan soal sama ada kita mampu melakukannya... ia sama ada kita mempunyai kehendak menganjurkannya sekali lagi,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Sukan Komanwel KL Sekali Lagi? "