• Subjek Alam Sekitar Diperkenalkan Tahun Depan

    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Subjek alam sekitar dalam sukatan pelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan mulai tahun depan.

    Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pengenalan silibus itu diluluskan dalam mesyuarat Kabinet terakhir yang diadakan pada 6 April lalu.

    Kata beliau, Malaysia menjadi negara ketiga dalam kalangan ASEAN, selepas Filipina dan Kemboja, melaksanakan silibus tersebut secara formal.

    “Banyak kementerian dan agensi terlibat antaranya Kementerian Pendidikan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim).

    “Silibus itu dilaksanakan secara menyeluruh termasuk melibatkan hutan, darat, laut, udara, serta isu perubahan iklim dan keselamatan alam sekitar” katanya dalam sidang akhbar Forum dan Ekspo Asiawater 2018, hari ini. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Subjek Alam Sekitar Diperkenalkan Tahun Depan "