• Suami Ikut Jejak Isteri Gantung Diri

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+


    SEORANG suami bertindak membunuh diri selepas ucapara pengebumian isterinya yang mati akibat menggantung diri di rumah mereka di Shiv Nagar, India.

    Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Vivek dikatakan menggantung dirinya selepas pulang ke rumah sewa mereka sebaik sahaja upacara pengebumian isterinya selesai, pada Ahad.

    Difahamkan, wanita itu bertindak demikian selepas menjadi mangsa rogol.

    Kematian kedua-dua pasangan yang berkahwin pada 2011 itu dan meninggalkan seorang anak perempuan berusia lima tahun.

    Pasukan polis masih lagi menyiasat punca pasangan itu berbuat demikian termasuk mencari nota sebelum menggantung diri.

    Kata polis, isterinya, 30 tahun bersama Vivek dan anak perempuan mereka menyewa sebuah rumah di Shiv Nagar.

    Pada Sabtu, Vivek yang merupakan pekerja di salah sebuah kedai menjual telefon bimbit ketika pulang ke rumah hairan apabila isterinya tidak membuka pintu rumah.

    Vivek kemudian memanggil adiknya yang tinggal berhampiran lalu bertindak memecahkan pintu sebelum terkejut melihat isterinya mati tergantung. - Awani 

    Subjects:

  • No Comment to " Suami Ikut Jejak Isteri Gantung Diri "