• Slogan Ubah DAP Tidak Mampu Ubah Parlimen Sibu, Lanang Dan Sarikei

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+


    Laungan slogan ‘Ubah’ DAP pada PRU13 yang lalu telah mengubah lanskap politik Sarawak apabila DAP menguasai kerusi Barisan Nasional di Parlimen Sibu, Lanang dan Sarikei.

    Kini setelah sepenggal, keadaan parlimen berkenaan tidak terdapat perkara yang boleh dibanggakan dengan slogan Ubah DAP.

    Apa sebenarnya telah diubah oleh DAP ? Penduduk di kawasan parlimen tersebut menjadi saksi dan masih tercari-cari apa yang diubah oleh DAP selama sepenggal. 

    Nak dikatakan pembangunan, penduduk mengakui ia bukan pembangunan dibawa DAP.

    Penduduk menyaksikan sendiri yang kerajaan Barisan Nasional bertungkus lumus membangunkan parlimen Sibu, Lanang dan Sarikei.

    DAP nak bangga apa dan ubah apa ?

    Banyak sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional yang turun padang menyalur pembangunan kepada penduduk parlimen terbabit.

    Ahli Parlimen DAP berada dimana ketika rakyat memerlukan penyelesaian masalah berbangkit.

    Nasib baik ada ADUN BN yang sering turun padang mendengar masalah rakyat. 

    Sekolah Cina pun DAP tidak bantu sedangkan ahli parlimen sepatutnya menyumbang kepada pembangunan pendidikan masyarakat Cina. Tetapi kerajaan BN juga akhirnya menyalur bantuan kepada sekolah Cina.

    Hakikatnya, apa makna slogan Ubah pada DAP, yang realitinya tidak mampu mengubah apa-apa pembangunan kepada penduduk parlimen yang dikuasai.

    Subjects:

  • No Comment to " Slogan Ubah DAP Tidak Mampu Ubah Parlimen Sibu, Lanang Dan Sarikei "