• Situasi Sarawak cermin keretakan Gabungan Pembangkang PKR

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR 10 April - Tindakan DAP Sarawak kekal menggunakan logo roket untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menunjukan berlakunya keretakan yang cuba disembunyikan Gabungan Pembangkang PKR di Semenanjung.

    Penggunaan logo masing-masing dalam gabungan di negeri terbesar di Malaysia itu membuktikan DAP merupakan parti paling dominan manakala PKR, PAN dan PPBM yang dibubarkan sementara sekadar tempelan.

    Atas sebab itu, penggunaan logo PKR mencemaskan DAP Sarawak kerana keputusan itu boleh menyebabkan mereka kehilangan undi serta sokongan daripada masyarakat Cina di kawasan bandar.

    Penganalisis politik Sarawak, Datuk Peter Minos berkata, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bertindak sedemikian kerana menyedari keperluan untuk berterus-terang kepada penyokong mereka bahawa parti DAP adalah lebih dominan berbanding parti-parti lain. i

    “Chieng Jen menyedari langkah penggunaan logo PKR boleh menyebabkan mereka tewas dalam PRU-14 kerana hanya simbol roket boleh dijual berbanding logo PKR di Sarawak.

    “Dalam masa sama, Chieng Jen perlu bertindak demikian kerana menyedari masyarakat Sarawak tidak suka dilihat sebagai pengikut arahan daripada Semenanjung,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Semalam, Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching memutuskan DAP kekal menggunakan logo roket manakala PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) Sarawak pula akan menggunakan logo PKR. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Situasi Sarawak cermin keretakan Gabungan Pembangkang PKR "